Ini pengalaman aku semasa mengambil ujian Medsi dulu (16.05.2018)
Aku start check Semakan Ujian MEdSI pada 12hb 5. Semakan boleh dibuat di lawan web rasmi UPSI sebab ujian Medsi ni dibawah kelolaan UPSI. Ujian Medsi ni hanya layak kepada pemohon yang memohon bidang pendidikan masa mengisi UPU haritu. And YA, aku telah memilih bidang pendidikan pada Pilihan 1 dan Pilihan 2. SYUKURLAH...langkah pertama telah berjaya sebab telah terpilih untuk menjalani Ujian Medsi.
(sorry gambar blur)
Ya..aku dapat kat UIA Gombak. nasib baiklah dapat tempat yang dekat. Macam mana boleh dapat kat UIA? masa aku isi UPU dulu, aku pilih "ZON TENGAH' kat bahagian pilihan tempat temuduga tu. Tapi tak semestinya juga. Kawan-kawan aku pun ada pilih Zon Tengah juga, tapi mereka dapat kat UPSI sendiri. hmm ikut rezeki masing-masing lah kan?
NEXT! Pada masa hari kejadian, aku and family bergerak awal dari Ampang ke Gombak. takut jammed orang turun kerja. oh lupa nak bagitahu. aku punya ujian first day uolls.. and batch first pukul 8.15 pagi dan perlu tiba lebih awal. Kami sepatutnya ditempatkan di Kuliyyah of Information and Communication Technology. Dah sampai kat kuliah tu, tengok2 tak ramai pun. mungkin masih terlalu awal kataku di dalam hati. Tak ada urus setia pun yang jaga kawasan tu. sign medsi pun takda. aku dengan calon2 yang lain pun gelisah jugak sebab dah pukul 8 tapi takda sapa2 yang bertugas. nasib baiklah terserempak dengan lecturer ni. katanya lokasi ujian kami dah ditukarkan ke Kuliyyah Of Education. hmm salah kami juga sebab tak nampak sign medsi sepanjang jalan masuk ke UIA.
Sesampainya kat kuliah tu, dikhabarkan ujian medsi akan start pukul 8.30 pagi. nasib baik tak ketinggalan. lega.. Then, calon sesi pagi pukul 8.30 pun diminta beratur dan sign kehadiran masing-masing. Ujian medsi ni sebenarnya ialah ujian psikologi yang perlu diambil oleh bakal guru dan ujian medsi ni ujian berkomputer hihihi bukan ujian bertulis/lisan. first masuk, aku dapat komputer yang bermasalah *face palm* komputer aku lagging. then nasib baik ada satu komputer kosong yang berfungsi baik.
soalan medsi? alahh.. soalan dia pasal personaliti diri, minat kerjaya, emosi...haa macam tulah. sesiapa yang pernah jawab soalan soal selidik guru kaunseling, macam tu lah soalannya. soalannya tak ada yang betul atau yang salah pun. and I am done jawab 300 soalan. jawab tak sampai sejam pun guys hihihi...
kepada sesiapa yang layak menduduki ujian medsi, goodluck! jangan risau. soalan tak susah pun. guna logik akal dan gambarkan diri anda sebagai seorang GURU, bukan pelajar. anyway, doakan saya agar lulus ujian ni. amin2.. thats all. tq for reading. byeee
Lama tak nak tunggu keputusan ujian medsi tu?
ReplyDelete